Posts

Tawaran PhD di Ireland 2021-2024

Image
 Syukur kepada Allah SWT, diberi peluang untuk melanjutkan PhD di luar negara. Saya masih ingat lagi detik saya mendapat tawaran ini: Program ini merupakan program Genomics Data Science di Ireland, melibatkan 6 Irish University (NUI Galway, UCD, Trinity, RCSI, UCC, Queen University Belfast). Saya memulakan PhD saya ketika umur saya 28 tahun, pada September 2020. Pada ketika ini, COVID19 sudah mula melanda dan kami hanya melakukan kelas secara online melalui Zoom. Salah satu cabaran saya ketika ini ialah perbezaan  zon masa. Masa di Ireland adalah 8 jam lewat berbanding waktu Malaysia. Kelas bermula jam 9 pagi di Ireland dan saya di Malaysia sudah melewati jam 5 petang. Adakalanya saya terlelap depan laptop apabila jam melangkaui jam 10 malam. Kelas online ini berlalu sehingga awal December 2020.  Dalam masa yang sama saya juga uruskan segala urusan ke luar negara sementara di Malaysia, antara dokumen yang disediakan ialah: 1) Renew Passport 5 tahun di Imigresen UTC Sentul...