Tawaran PhD di Ireland 2021-2024

 Syukur kepada Allah SWT, diberi peluang untuk melanjutkan PhD di luar negara. Saya masih ingat lagi detik saya mendapat tawaran ini:



Program ini merupakan program Genomics Data Science di Ireland, melibatkan 6 Irish University (NUI Galway, UCD, Trinity, RCSI, UCC, Queen University Belfast). Saya memulakan PhD saya ketika umur saya 28 tahun, pada September 2020. Pada ketika ini, COVID19 sudah mula melanda dan kami hanya melakukan kelas secara online melalui Zoom. Salah satu cabaran saya ketika ini ialah perbezaan  zon masa. Masa di Ireland adalah 8 jam lewat berbanding waktu Malaysia. Kelas bermula jam 9 pagi di Ireland dan saya di Malaysia sudah melewati jam 5 petang. Adakalanya saya terlelap depan laptop apabila jam melangkaui jam 10 malam. Kelas online ini berlalu sehingga awal December 2020. 

Dalam masa yang sama saya juga uruskan segala urusan ke luar negara sementara di Malaysia, antara dokumen yang disediakan ialah:

1) Renew Passport 5 tahun di Imigresen UTC Sentul
2) Urusan terjemah surat nikah dan pengesahan surat di JAWI
3) Urusan pengesahan dokumen akademik di Putrajaya
4) Urusan terjemah surat lahir anak dan pengesahan
5) Urusan cop di Wisma Putra

Saya dan suami beserta anak merancang untuk berangkat pada 10 Jan 2021 ke Dublin. Oleh kerana student Malaysia tidak memerlukan visa untuk masuk ke Ireland, ini memudahkan urusan kami sekeluarga. Saya juga mempunyai Hosting Agreement daripada Ireland mengatakan saya boleh membawa suami dan anak sekali ke Ireland di bawah Stamp 1. Kebiasaan pelajar akan mendapat Stamp 2, berbeza dengan saya. Ini kerana saya memasuki Ireland sebagai Penyelidik dan mempunyai kontrak kerja selama 4 tahun di sini dibawah tajaan MCSA-COFUND.Elaun travel dan elaun keluarga turut diberikan.



Kami menaiki Qatar Airways dari KLIA ke Dublin. Perjalanan selama 18 jam (transit 2 jam di Doha).
Cuaca sejuk ketika sampai di Dublin


Kami selamat sampai di Dublin dan segala pengurusan penginapan diuruskan oleh RCSI. Kami kuarantin di Fitzwilliam Hotel Dublin selama dua minggu.



Ok, ada masa bersambung lagi cerita kita. Assalam. 

Hamidah Ghani
19072021 Jam 4 PTG Dublin







Comments